Friday, 3 May 2013

Pertemuan dengan Tuhan merupakan sebuah anug`rah, kerana setiap orang yang bertemu dengan-Nya akan mengalami sesuatu yang indah dan hidupnya akan diubahkan. Suatu saat ketika aku sedang berdoa, tiba-tiba aku melihat Tuhan duduk diatas takhta yang tinggi dan menjulang, dan tujuh jubah yang memenuhi bait suci. Celakalah aku, aku binasa sebab aku seorang yang najis bibir, dan aku tinggal ditengah-tengah bangsa yang najis bibir namun mataku telah melihat Sang Raja yakni Tuhan semesta alam. Tuhan berkata sambil nyalaan api yang panas didalam tangan-Nya "Lihat, ini telah menyentuh bibirmu, maka kesalahanmu telah dihapus dan dosamu telah diampuni. Siapakah yang akan Ku utus?, dan siapakah yang mahu pergi untuk Aku?". Aku menjawab sambil aku bangun daripada sujudku "ini aku Tuhan, utuslah aku" sambil membukakan tanganku seluas yang boleh dan aku menengadah untuk melihat-Nya. Tidak ada seseorang pun yang akan bertahan menghadapi takhta kudus Tuhan. Apabila seseorang bertemu dengan Tuhan dan Tuhan hadir dalam hidupnya maka pemulihan akan terjadi dan hidupnya tidak akan samar. 

No comments :

Post a Comment